Tuesday, 12 May 2015

Nie Abang Sado belanja sikit pasal Injured yang biasa dalam sukan.. hehe..
Kecederaan sukan berlaku semasa bersukan, beriadah ataupun semasa kemalangan kecil.
Faktor lain yang menyumbang kepada kecederaan itu juga termasuk latihan yang tidak
sempurna atau alatan yang tidak sesuai. Kebanyakan pesakit mengalami kecederaan tersebut
disebabkan oleh latihan yang tidak mencukupi. Latihan memanaskan badan yang tidak
mencukupi juga akan menyumbang kepada kecederaan sukan. Jenis-jenis kecederaan sukan
yang biasa ditemui adalah :
- Ketegangan dan kecederaan otot
- Kecederaan lutut
- Kebengkakan otot
- Kecederaan pada tendon Achilles
- Kesakitan pada tulang tibia
- Fraktur
- Sendi yang beralih
Akut atau kronik
Ada dua jenis kecederaan sukan - akut dan kronik.


Kecederaan akut berlaku semasa di dalam aktiviti sukan. Kecederaan pada buku lali, sakit
belakang, patah tulang sendi adalah contoh kecederaan akut . Tanda-tanda kecederaan akut.
- Kesakitan yang akut pada kawasan yang terlibat
- Kebengkakan
- Hilang fungsi anggota ( seperti tidak boleh menampung berat menggunakan kaki )
- Lengan, siku, pergelangan tangan, tangan, atau jari yang sangat lembut
- Tidak boleh menggerakkan sendi dengan normal
- Lemah pada anggota terlibat
- Fraktur

No comments:

Post a Comment