Monday, 27 August 2018

Mentaliti juara

Pesilat Malaysia kategori E Al Jufferi Al Jamari menarik diri kerana tindakan wasit yang menyebelahi pesilat Indonesia, juara dunia dari Malaysia melepaskan kemarahanya di bilik persalinan. Atas semangat kesukanan beliau tetap naik ke podium bagi menerima pingat perak.

Pendapat peribadi saya berkenaan isu asian game kali ini ternyata Indonesia menggunakan segala kelebihan selaku tuan rumah. Sukan subjektif seperti ini mengundang kontoversi jika gagal dikawal dengan baik. Sebaiknya tuan rumah perlu bersikap lebih adil dan telus dari segi permarkahan.

Saturday, 31 October 2015

Dadah dalam Sukan

Penyalahgunaan dadah dalam sukan

Perkataan ‘doping’ daIam sukan merujuk kepada penggunaan dadah/ubat yang diharamkan oleh International Olympic Council (IOC), bagi tujuan mendapatkan kelebihan daIam prestasi atlit. Doping dalam abad-abad kebelakangan ini telah menjadi sebutan dan amalan atlit profesional mahupun amatur dan ini telah menambahkan lagi cabaran bagi pihak makmal dalam pengesanan dan penganalisaan dadah-dadah ini. OIeh kerana atlit sentiasa mencari kelebihan untuk mengejar kemenangan, edaran dadah secara haram berIeIuasa di seluruh dunia melalui sama ada internet, bahan bercetak atau hubungan peribadi. KepeIbagaian jenis dadah serta teknik menggunanya telah menyulitkan lagi penyaringan dadah dan makmal perlu sentiasa berwaspada kepada perubahan trend dalam masalah ini.Pengharaman dadah dalam sukan mempunyai dua justifikasi; pertama, ia memberi kelebihan (atau ‘advantage’) kepada atlit yang menggunanya serta melanggar segala peraturan dan makna keadilan dalam pertandingan dan kedua, cara pengambilan dan jumlah yang digunakan memudaratkan seseorang individu. Malah dalam arena sukan, banyak kes-kes kematian teIah berlaku akibat penggunaan dadah secara langsung atau tidak langsung.
Dadah yang diharamkan oleh IOCDiantara dadah-dadah lama yang telah digunakan sejak awaI 1970an adalah perangsang (stimulant) dan narkotik. Tujuan penggunaan stimulant begitu nyata kerana bahan seperti amfetamin memberi tenaga serta ketahanan yang amat baik terutama dalam pertandingan seperti lumba basikal, Iarian jarak jauh, acara renang, semuanya yang memerIukan daya tahan. Kini senarai dadah yang digunakan bagi tujuan di atas telah berlipat ganda dan kini makmal perlu mengesan sejumlah 70 jenis dadah perangsang. Tambahan pula, bahan seperti kafein, ephedrine, pseudoephedrin menyulitkan lagi kawalan kerana bahan ini terdapat dalam pelbagal minuman dan makanan dan juga ubat-ubatan ‘over-the counter’ untuk pelbagai rawatan. Oleh yang demikian bahan-bahan ini perlu dinilai jumlahnya di dalam urin; jumlah kafein melebihi 12 mg/mI di dalam urin misalnya akan dirumuskan sebagal positif. Paras ini diketahui dapat dihasilkan oleh pengambilan kafein sahaja dan tidak akan tercapai meskipun atlit telah minum beberapa cawan kopi pekat.Bahan-bahan narkotik pula menjadi ubat yang berkesan bagi meneruskan pertandingan tanpa menghirau kecederaan yang diaIami atlit. Pengharaman narkotik adalah di atas dasar kesihatan kerana tindakan seperti ini memudaratkan lagi keadaan atlit. Selain itu, penggunaan narkotik tidak mendatangkan sebarang manfaat lain. Kanabis juga diharamkan atas dasar bahan ini membawa ketenangan dan meningkatkan keyakinan diri dalam menghadapi pertandingan.
Kategori dadah yang begitu popular dikaIangan atlit ialah bahan steroid anabolik. Sungguhpun penyeIidikan tidak menunjukkan sebarang manafaat dari pengambilan steroid, ia diakui amat berkesan oleh para atlit. Steroid anabolik merangkumi Iebih 50% daripada dadah yang dikesan oleh makmal-makmal doping seIuruh dunia. Perkara ini telah membuka peIbagai peluang penyeIidikan kerana penganalisaan dadah sintetik semakin  rumit dan segi spesifisiti dan sensitiviti manakala pengesanan hormon steroid seperti testosterone, DHT (dihydrotestosterone) dan DHEA (Dehydroepiandrosterone) memerlukan interpretasi yang begitu cermat kerana mereka juga merupakan hormon yang terdapat semuIajadi dalam badan manusia. OIeh yang demikian pelbagai kriteria teIah dibangunkan bagi memutuskan urin yang positif. Suatu parameter yang dinilai adalah nisbah testosterone (T) kepada epitestosterone (E), suatu hormon berkaitan tetapi tidak menghasilkan sebarang kesan. Penggunaan testosterone akan mengubah paras T dan tidak menjejas paras E. Perkara ini mengujudkan T:E yang tinggi; malah urin yang menunjukkan T:E melebihi 6 akan disiasat dengan lebih mendalam. Penganalisaan semula akan dilakukan ke atas urin yang dikumpul semula dan atlit yang sama apabila angka ini jatuh diantara 6 dan 10. Tindakan ini adalah bagi mempastikan atlit benar-benar menggunakan testosterone kerana terdapat juga individu-individu tertentu secara semulajadi mempunyai T:E yang tinggi. Terdapat juga  pengesanan paras epitestosterone yang tidak munasabah sehinggakan jumlah E lima kali Iebih tinggi daripada T di dalam urin. Epitestosterone dikategorikan sebagai agen ‘masking’  kerana penggunaannya oleh atlit adalah untuk menstabilkan T:E kepada paras normal apabila menggunakan testostorone secara haram.
Sementara nisbah ini lebih kurang 1:1 dalam manusia biasa, terdapat juga perbezaan mengikut kumpulan etnik dan individu. Pengesanan testosterone yang tinggi tidak mudah diberi kepastian positif oleh kerana testosterone yang diambil secara eksogenous tidak mudah dibezakan daripada testosterone semulajadi endogenous. Saintis dalam bidang analisis doping sedang menyelesaikan isu ini melalui penentuan isotop stabil karbon, 12C dan 13C dalam testosterone. Ini adalah berdasarkan nisbah 12C : 13C  dalam testosterone eksogenous jauh berbeza daripada testosterone semulajadi. Nisbah ini pula bergantung kepada diet masing-masing. Penentuan ini hanya dapat dilaksanakan melalul suatu teknik yang menggunakan alat Gas Chromatograph Isotope Ratio Mass Spectrometer, suatu alat yang memberi ‘fingerprint’ kepada bahan kimia melalui kandungan isotopnya.
Selain parameter yang dikesan melalui penganalisaan, perubahan fisikal begitu ketara pada pengguna steroid anabolik. Bagi lelaki, perubahan otot yang bertambah, kehiIangan rambut, pertumbuhan buah dada dan masalah akne begitu ketara manakala bagi wanita, terdapat tumbuhan rambut di beberapa bahagian badan termasuk muka serta perubahan suara yang semakin kasar.
Steroid anabolik adalah bahan yang digunakan di luar masa pertandingan oleh kerana manafaatnya serta perubahan yang diingini pengguna didapati semasa latihan. Oleh yang demikian pengesanan positif sering didapati apabila program kawalan di luar pertandingan dijalankan; beberapa bulan sebelum pertandingan penggunaannya dihentikan bagi mengelak pengesanan. Oleh kerana eIiminasi steroid begitu berpanjangan dalam badan manusia, kehadirannya masih kadangkala dapat dikesan dalam paras ppb (parts per billion) beberapa bulan selepas tamat penggunaan. Keupayaan mengesan paras sekecil ini dituntut oleh pihak lOC dan makmal kini perlu ada kemampuan mengesan beberapa jenis steroid sehingga ke tahap sekecil 1-2 ng/mI. Ini bermakna teknik seperti ‘tandem mass spectrometry’ (MS/MS) atau ‘high resolution mass spectrometry’ (HRMS) terpaksa digunakan. Teknik-teknik ini akan memberi lebih sensitiviti tanpa berkompromikan spesifisiti. Sukan OIimpik di Atlanta merupakan kali yang pertama pengesanan menggunakan HRMS dilakukan supaya threshhold pengesanan yang begitu rendah dapat dilaksanakan. Buat masa ini teknik tersebut telah dibangunkan bagi sejumlah kecil steroid tetapi malangnya, alat yang digunakan terlalu mahal.
Suatu kelas dadah yang diharamkan oleh lOC adalah agen diuretik yang menjadi pilihan atlit dalam usaha menghapuskan kesan-kesan dadah steroid menjelang pertandingan sukan. Melalui cara ini paras steroid dapat dikurangkan di bawah paras threshold pengesanan. Ini semakin penting bagi atlit oleh kerana makmal doping seluruh dunia kini lengkap dengan alat yang dapat mengesan dalam tahap ppb (parts per billion). Selain itu mengurangkan air di dalam badan memberi manafaat kepada bidang sukan yang menggunakan berat badan sebagal kriteria. Dalam acara angkat berat misalnya, seorang peserta mungkin dapat dimasukkan ke dalam kategori yang lebih rendah.
Ubat darah tinggi yang dikenali sebagal penghalang-beta juga disalahgunakan oleh atlit dalam acara-acara sukan seperti memanah, menembak, dan bidang sukan yang memerlukan penumpuan seseorang. Objektif pengunaan adalah untuk mengurangkan tremor dan kegugupan yang mungkin berlaku. Senarai ini termasuk jenis yang sering digunakan oleh pesakit seperti metoprolol hingga yang jarang digunakan seperti pindolol dan bisoprolol.
Cabaran terbaru bagi pihak penguasa adalah untuk mengesan hormon peptida. Ini termasuk hCG (human chorionic gonadotropin), eritropoietin (EPO) dan hormon pertumbuhan (hGH). Sungguhpun yang pertama diantara tiga bahan ini dapat dikesan di dalam urin, dua lagi hanya dapat dlkesan di dalam serum darah. OIeh kerana peraturan kawalan doping hanya membenarkan pengambilan sampel urin, EPO dan hGH belum dapat dinilai. Tambahan pula kaedah pengesanan masih terhad kepada teknik ElA (enzyme immunoassay) dan RIA (radioimmunoassay) yang boleh diterima sebagai kaedah penyaringan tetapi belum lagi ujud kaedah ujian ‘evidentiaI’ yang tidak boleh dipertikaikan dalam mahkamah. Kaedah EIA dan RIA mungkin selektif atau spesifik tetapi satu kaedah sahaja tidak memberi tahap diskriminasi yang dituntut seperti dengan menggunakan mass spektrometri. Sementara penggunaan EPO dan hGH nyata mempunyai sebab-sebab tertentu, hCG biasanya mula diambil setelah tamat regimen steroid untuk merangsang semula hasilan testosterone endogenous. Beberapa jenis EPO sintetik didapati di pasaran dengan hasilan kesannya sama seperti peningkatan hasilan sel darah merah ke tahap 5-10 kali ganda kadar normal. Malangnya, dengan jumlah sel merah yang melambung tinggi, darah menjadi likat sehingga jantung seseorang boleh terhenti dalam kepenatan bertanding. Penyelidik percaya EPO telah menyebabkan 18 kematian di kalangan peIumba basikal Belanda dan Belgium sejak tahun 1987.

Friday, 10 July 2015

Hari nie.. Hari di mana aku nak final exam dan last paper untuk semester nie.. hati ingat nak balik kampung je.. hahahaha.. biasa la.. nama pon student.. nak bagi tips untuk bulan puasa nie yang paling simple ialah banyakkan minum air dan makan buah buahan.. elakan minum minuman berkabonat ketika berbuka.. kalau nak slim cepat tu waktu sahur minum air vitagen ke.. yakult ke,, yang banyak bakteria baik untuk perut.. hehehe.. last sekali saya nak ucap selamat hari raya maaf zahir batin.. doakan saya selamat menjalani pembedahan ACL untuk lutut kiri saya.. InsyaAllah 27/07/2015 di CTC Sungai Buloh..

Sunday, 7 June 2015

assalamualaikum semua.. hari nie abang nak kongsi sikit pasal apa yang bang lihat sekeliling abang.. petang tadi abang turung jogging di stadium uitm, jadi abang tengok ramai jugak yang jogging sama.. ada juga yang lenggang mak limah.. abang tengok then abang senyum je la.. kesian brader brader yang nak set time 2.4km tu.. kena mengelak mak limah semua nie,, sama jugak yang jalan couple.. nak jalan pegi la taman bunga.. bukan stadium.. hahaha.. sory kalau terasa.. hope yang nak jalan tu guna la lane 7-8.. bagi lane dalam kepada orang yang betul2 niat nak jogging.. hehe..

Tuesday, 12 May 2015

Nie Abang Sado belanja sikit pasal Injured yang biasa dalam sukan.. hehe..
Kecederaan sukan berlaku semasa bersukan, beriadah ataupun semasa kemalangan kecil.
Faktor lain yang menyumbang kepada kecederaan itu juga termasuk latihan yang tidak
sempurna atau alatan yang tidak sesuai. Kebanyakan pesakit mengalami kecederaan tersebut
disebabkan oleh latihan yang tidak mencukupi. Latihan memanaskan badan yang tidak
mencukupi juga akan menyumbang kepada kecederaan sukan. Jenis-jenis kecederaan sukan
yang biasa ditemui adalah :
- Ketegangan dan kecederaan otot
- Kecederaan lutut
- Kebengkakan otot
- Kecederaan pada tendon Achilles
- Kesakitan pada tulang tibia
- Fraktur
- Sendi yang beralih
Akut atau kronik
Ada dua jenis kecederaan sukan - akut dan kronik.


Kecederaan akut berlaku semasa di dalam aktiviti sukan. Kecederaan pada buku lali, sakit
belakang, patah tulang sendi adalah contoh kecederaan akut . Tanda-tanda kecederaan akut.
- Kesakitan yang akut pada kawasan yang terlibat
- Kebengkakan
- Hilang fungsi anggota ( seperti tidak boleh menampung berat menggunakan kaki )
- Lengan, siku, pergelangan tangan, tangan, atau jari yang sangat lembut
- Tidak boleh menggerakkan sendi dengan normal
- Lemah pada anggota terlibat
- Fraktur
Senaman menguatkan otot sebagai persediaan sebelum bersenam secara lebih agresif amat penting dilakukan supaya tidak berlaku kecederaan yang boleh menyebabkan hasrat mendapatkan tubuh yang sihat terkubur begitu saja.
Menurut Pengurus dan Jurulatih Anna Fitness di Seksyen 23, Shah Alam, Siti Zulaikha Mohd Radzi, setiap orang yang mahu mula bersenam perlu tahu teknik senaman asas menguatkan tubuh bagi melancarkan aktiviti senaman mereka.
Katanya, senaman asas berkenaan perlu dilakukan secara konsisten selama seminggu untuk membiasa­kan diri dengan gerakan senaman sebelum beralih kepada senaman lebih berat.
“Sepanjang senaman asas ini, postur tubuh perlu dijaga untuk elak kecederaan otot terutama pada bahagian lutut serta tulang belakang.
“Selain itu, gerakan yang dilakukan juga boleh membantu membentuk tubuh selepas berat badan diturunkan melalui senaman yang konsisten.
“Gerakan asas ini boleh diamalkan sejurus selepas selesai melakukan senaman kardio kerana ia membantu menguatkan tubuh,” katanya.
Siti Zulaikha berkata, senaman asas yang ditunjukkannya terdiri daripada tiga langkah iaitu mencangkung (squat), tujahan (lunges) dan pintalan twist).
Paling penting, pesan Zulaikha, teknik senaman ini perlu dilakukan secara tenang dan tidak tergopoh-gapah kerana ia bertujuan menguatkan tubuh.
Teknik senaman ini kemudian boleh diikuti dengan senaman tekan tubi bagi melengkapkan latihan menguatkan otot badan.
Gerakan mencangkung menguatkan bahagian bawah tubuh, termasuk teras badan, pinggang, paha, betis dan lutut.
Tujahan pulaMAMPU memperbaiki pergerakan harian serta melindungi tulang belakang manakala teknik pintalan pula memberi kesan kepada bahagian perut, teras badan dan menguatkan sendi.
Ikuti tip senaman asas yang ditunjukkan Siti Zulaikha supaya lebih ramai mempunyai pengetahuan mengenai teknik yang betul untuk mendapat kesan terbaik kepada tubuh badan mereka.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32574#sthash.abKGppcV.dpuf
Credit to:Oleh Faizatul Farlin Farush Khan 

ffarlin@hmetro.com.my - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32574#sthash.abKGppcV.dpuf
Assalamualaikum.. Tahukah anda alatan Gym hanyalah tambahan kepada workout kita.. jadi jika tiada sebarang alatan.. anda boleh melakukan senaman menggunakan berat badan anda sendiri.. contohnya buat la Squat ke.. Push up ke.. Sit up ke.. dan google la kalau nak banyak.. hahaha,,