Saturday, 31 October 2015

Dadah dalam Sukan

Penyalahgunaan dadah dalam sukan

Perkataan ‘doping’ daIam sukan merujuk kepada penggunaan dadah/ubat yang diharamkan oleh International Olympic Council (IOC), bagi tujuan mendapatkan kelebihan daIam prestasi atlit. Doping dalam abad-abad kebelakangan ini telah menjadi sebutan dan amalan atlit profesional mahupun amatur dan ini telah menambahkan lagi cabaran bagi pihak makmal dalam pengesanan dan penganalisaan dadah-dadah ini. OIeh kerana atlit sentiasa mencari kelebihan untuk mengejar kemenangan, edaran dadah secara haram berIeIuasa di seluruh dunia melalui sama ada internet, bahan bercetak atau hubungan peribadi. KepeIbagaian jenis dadah serta teknik menggunanya telah menyulitkan lagi penyaringan dadah dan makmal perlu sentiasa berwaspada kepada perubahan trend dalam masalah ini.Pengharaman dadah dalam sukan mempunyai dua justifikasi; pertama, ia memberi kelebihan (atau ‘advantage’) kepada atlit yang menggunanya serta melanggar segala peraturan dan makna keadilan dalam pertandingan dan kedua, cara pengambilan dan jumlah yang digunakan memudaratkan seseorang individu. Malah dalam arena sukan, banyak kes-kes kematian teIah berlaku akibat penggunaan dadah secara langsung atau tidak langsung.
Dadah yang diharamkan oleh IOCDiantara dadah-dadah lama yang telah digunakan sejak awaI 1970an adalah perangsang (stimulant) dan narkotik. Tujuan penggunaan stimulant begitu nyata kerana bahan seperti amfetamin memberi tenaga serta ketahanan yang amat baik terutama dalam pertandingan seperti lumba basikal, Iarian jarak jauh, acara renang, semuanya yang memerIukan daya tahan. Kini senarai dadah yang digunakan bagi tujuan di atas telah berlipat ganda dan kini makmal perlu mengesan sejumlah 70 jenis dadah perangsang. Tambahan pula, bahan seperti kafein, ephedrine, pseudoephedrin menyulitkan lagi kawalan kerana bahan ini terdapat dalam pelbagal minuman dan makanan dan juga ubat-ubatan ‘over-the counter’ untuk pelbagai rawatan. Oleh yang demikian bahan-bahan ini perlu dinilai jumlahnya di dalam urin; jumlah kafein melebihi 12 mg/mI di dalam urin misalnya akan dirumuskan sebagal positif. Paras ini diketahui dapat dihasilkan oleh pengambilan kafein sahaja dan tidak akan tercapai meskipun atlit telah minum beberapa cawan kopi pekat.Bahan-bahan narkotik pula menjadi ubat yang berkesan bagi meneruskan pertandingan tanpa menghirau kecederaan yang diaIami atlit. Pengharaman narkotik adalah di atas dasar kesihatan kerana tindakan seperti ini memudaratkan lagi keadaan atlit. Selain itu, penggunaan narkotik tidak mendatangkan sebarang manfaat lain. Kanabis juga diharamkan atas dasar bahan ini membawa ketenangan dan meningkatkan keyakinan diri dalam menghadapi pertandingan.
Kategori dadah yang begitu popular dikaIangan atlit ialah bahan steroid anabolik. Sungguhpun penyeIidikan tidak menunjukkan sebarang manafaat dari pengambilan steroid, ia diakui amat berkesan oleh para atlit. Steroid anabolik merangkumi Iebih 50% daripada dadah yang dikesan oleh makmal-makmal doping seIuruh dunia. Perkara ini telah membuka peIbagai peluang penyeIidikan kerana penganalisaan dadah sintetik semakin  rumit dan segi spesifisiti dan sensitiviti manakala pengesanan hormon steroid seperti testosterone, DHT (dihydrotestosterone) dan DHEA (Dehydroepiandrosterone) memerlukan interpretasi yang begitu cermat kerana mereka juga merupakan hormon yang terdapat semuIajadi dalam badan manusia. OIeh yang demikian pelbagai kriteria teIah dibangunkan bagi memutuskan urin yang positif. Suatu parameter yang dinilai adalah nisbah testosterone (T) kepada epitestosterone (E), suatu hormon berkaitan tetapi tidak menghasilkan sebarang kesan. Penggunaan testosterone akan mengubah paras T dan tidak menjejas paras E. Perkara ini mengujudkan T:E yang tinggi; malah urin yang menunjukkan T:E melebihi 6 akan disiasat dengan lebih mendalam. Penganalisaan semula akan dilakukan ke atas urin yang dikumpul semula dan atlit yang sama apabila angka ini jatuh diantara 6 dan 10. Tindakan ini adalah bagi mempastikan atlit benar-benar menggunakan testosterone kerana terdapat juga individu-individu tertentu secara semulajadi mempunyai T:E yang tinggi. Terdapat juga  pengesanan paras epitestosterone yang tidak munasabah sehinggakan jumlah E lima kali Iebih tinggi daripada T di dalam urin. Epitestosterone dikategorikan sebagai agen ‘masking’  kerana penggunaannya oleh atlit adalah untuk menstabilkan T:E kepada paras normal apabila menggunakan testostorone secara haram.
Sementara nisbah ini lebih kurang 1:1 dalam manusia biasa, terdapat juga perbezaan mengikut kumpulan etnik dan individu. Pengesanan testosterone yang tinggi tidak mudah diberi kepastian positif oleh kerana testosterone yang diambil secara eksogenous tidak mudah dibezakan daripada testosterone semulajadi endogenous. Saintis dalam bidang analisis doping sedang menyelesaikan isu ini melalui penentuan isotop stabil karbon, 12C dan 13C dalam testosterone. Ini adalah berdasarkan nisbah 12C : 13C  dalam testosterone eksogenous jauh berbeza daripada testosterone semulajadi. Nisbah ini pula bergantung kepada diet masing-masing. Penentuan ini hanya dapat dilaksanakan melalul suatu teknik yang menggunakan alat Gas Chromatograph Isotope Ratio Mass Spectrometer, suatu alat yang memberi ‘fingerprint’ kepada bahan kimia melalui kandungan isotopnya.
Selain parameter yang dikesan melalui penganalisaan, perubahan fisikal begitu ketara pada pengguna steroid anabolik. Bagi lelaki, perubahan otot yang bertambah, kehiIangan rambut, pertumbuhan buah dada dan masalah akne begitu ketara manakala bagi wanita, terdapat tumbuhan rambut di beberapa bahagian badan termasuk muka serta perubahan suara yang semakin kasar.
Steroid anabolik adalah bahan yang digunakan di luar masa pertandingan oleh kerana manafaatnya serta perubahan yang diingini pengguna didapati semasa latihan. Oleh yang demikian pengesanan positif sering didapati apabila program kawalan di luar pertandingan dijalankan; beberapa bulan sebelum pertandingan penggunaannya dihentikan bagi mengelak pengesanan. Oleh kerana eIiminasi steroid begitu berpanjangan dalam badan manusia, kehadirannya masih kadangkala dapat dikesan dalam paras ppb (parts per billion) beberapa bulan selepas tamat penggunaan. Keupayaan mengesan paras sekecil ini dituntut oleh pihak lOC dan makmal kini perlu ada kemampuan mengesan beberapa jenis steroid sehingga ke tahap sekecil 1-2 ng/mI. Ini bermakna teknik seperti ‘tandem mass spectrometry’ (MS/MS) atau ‘high resolution mass spectrometry’ (HRMS) terpaksa digunakan. Teknik-teknik ini akan memberi lebih sensitiviti tanpa berkompromikan spesifisiti. Sukan OIimpik di Atlanta merupakan kali yang pertama pengesanan menggunakan HRMS dilakukan supaya threshhold pengesanan yang begitu rendah dapat dilaksanakan. Buat masa ini teknik tersebut telah dibangunkan bagi sejumlah kecil steroid tetapi malangnya, alat yang digunakan terlalu mahal.
Suatu kelas dadah yang diharamkan oleh lOC adalah agen diuretik yang menjadi pilihan atlit dalam usaha menghapuskan kesan-kesan dadah steroid menjelang pertandingan sukan. Melalui cara ini paras steroid dapat dikurangkan di bawah paras threshold pengesanan. Ini semakin penting bagi atlit oleh kerana makmal doping seluruh dunia kini lengkap dengan alat yang dapat mengesan dalam tahap ppb (parts per billion). Selain itu mengurangkan air di dalam badan memberi manafaat kepada bidang sukan yang menggunakan berat badan sebagal kriteria. Dalam acara angkat berat misalnya, seorang peserta mungkin dapat dimasukkan ke dalam kategori yang lebih rendah.
Ubat darah tinggi yang dikenali sebagal penghalang-beta juga disalahgunakan oleh atlit dalam acara-acara sukan seperti memanah, menembak, dan bidang sukan yang memerlukan penumpuan seseorang. Objektif pengunaan adalah untuk mengurangkan tremor dan kegugupan yang mungkin berlaku. Senarai ini termasuk jenis yang sering digunakan oleh pesakit seperti metoprolol hingga yang jarang digunakan seperti pindolol dan bisoprolol.
Cabaran terbaru bagi pihak penguasa adalah untuk mengesan hormon peptida. Ini termasuk hCG (human chorionic gonadotropin), eritropoietin (EPO) dan hormon pertumbuhan (hGH). Sungguhpun yang pertama diantara tiga bahan ini dapat dikesan di dalam urin, dua lagi hanya dapat dlkesan di dalam serum darah. OIeh kerana peraturan kawalan doping hanya membenarkan pengambilan sampel urin, EPO dan hGH belum dapat dinilai. Tambahan pula kaedah pengesanan masih terhad kepada teknik ElA (enzyme immunoassay) dan RIA (radioimmunoassay) yang boleh diterima sebagai kaedah penyaringan tetapi belum lagi ujud kaedah ujian ‘evidentiaI’ yang tidak boleh dipertikaikan dalam mahkamah. Kaedah EIA dan RIA mungkin selektif atau spesifik tetapi satu kaedah sahaja tidak memberi tahap diskriminasi yang dituntut seperti dengan menggunakan mass spektrometri. Sementara penggunaan EPO dan hGH nyata mempunyai sebab-sebab tertentu, hCG biasanya mula diambil setelah tamat regimen steroid untuk merangsang semula hasilan testosterone endogenous. Beberapa jenis EPO sintetik didapati di pasaran dengan hasilan kesannya sama seperti peningkatan hasilan sel darah merah ke tahap 5-10 kali ganda kadar normal. Malangnya, dengan jumlah sel merah yang melambung tinggi, darah menjadi likat sehingga jantung seseorang boleh terhenti dalam kepenatan bertanding. Penyelidik percaya EPO telah menyebabkan 18 kematian di kalangan peIumba basikal Belanda dan Belgium sejak tahun 1987.

Friday, 10 July 2015

Hari nie.. Hari di mana aku nak final exam dan last paper untuk semester nie.. hati ingat nak balik kampung je.. hahahaha.. biasa la.. nama pon student.. nak bagi tips untuk bulan puasa nie yang paling simple ialah banyakkan minum air dan makan buah buahan.. elakan minum minuman berkabonat ketika berbuka.. kalau nak slim cepat tu waktu sahur minum air vitagen ke.. yakult ke,, yang banyak bakteria baik untuk perut.. hehehe.. last sekali saya nak ucap selamat hari raya maaf zahir batin.. doakan saya selamat menjalani pembedahan ACL untuk lutut kiri saya.. InsyaAllah 27/07/2015 di CTC Sungai Buloh..

Sunday, 7 June 2015

assalamualaikum semua.. hari nie abang nak kongsi sikit pasal apa yang bang lihat sekeliling abang.. petang tadi abang turung jogging di stadium uitm, jadi abang tengok ramai jugak yang jogging sama.. ada juga yang lenggang mak limah.. abang tengok then abang senyum je la.. kesian brader brader yang nak set time 2.4km tu.. kena mengelak mak limah semua nie,, sama jugak yang jalan couple.. nak jalan pegi la taman bunga.. bukan stadium.. hahaha.. sory kalau terasa.. hope yang nak jalan tu guna la lane 7-8.. bagi lane dalam kepada orang yang betul2 niat nak jogging.. hehe..

Tuesday, 12 May 2015

Nie Abang Sado belanja sikit pasal Injured yang biasa dalam sukan.. hehe..
Kecederaan sukan berlaku semasa bersukan, beriadah ataupun semasa kemalangan kecil.
Faktor lain yang menyumbang kepada kecederaan itu juga termasuk latihan yang tidak
sempurna atau alatan yang tidak sesuai. Kebanyakan pesakit mengalami kecederaan tersebut
disebabkan oleh latihan yang tidak mencukupi. Latihan memanaskan badan yang tidak
mencukupi juga akan menyumbang kepada kecederaan sukan. Jenis-jenis kecederaan sukan
yang biasa ditemui adalah :
- Ketegangan dan kecederaan otot
- Kecederaan lutut
- Kebengkakan otot
- Kecederaan pada tendon Achilles
- Kesakitan pada tulang tibia
- Fraktur
- Sendi yang beralih
Akut atau kronik
Ada dua jenis kecederaan sukan - akut dan kronik.


Kecederaan akut berlaku semasa di dalam aktiviti sukan. Kecederaan pada buku lali, sakit
belakang, patah tulang sendi adalah contoh kecederaan akut . Tanda-tanda kecederaan akut.
- Kesakitan yang akut pada kawasan yang terlibat
- Kebengkakan
- Hilang fungsi anggota ( seperti tidak boleh menampung berat menggunakan kaki )
- Lengan, siku, pergelangan tangan, tangan, atau jari yang sangat lembut
- Tidak boleh menggerakkan sendi dengan normal
- Lemah pada anggota terlibat
- Fraktur
Senaman menguatkan otot sebagai persediaan sebelum bersenam secara lebih agresif amat penting dilakukan supaya tidak berlaku kecederaan yang boleh menyebabkan hasrat mendapatkan tubuh yang sihat terkubur begitu saja.
Menurut Pengurus dan Jurulatih Anna Fitness di Seksyen 23, Shah Alam, Siti Zulaikha Mohd Radzi, setiap orang yang mahu mula bersenam perlu tahu teknik senaman asas menguatkan tubuh bagi melancarkan aktiviti senaman mereka.
Katanya, senaman asas berkenaan perlu dilakukan secara konsisten selama seminggu untuk membiasa­kan diri dengan gerakan senaman sebelum beralih kepada senaman lebih berat.
“Sepanjang senaman asas ini, postur tubuh perlu dijaga untuk elak kecederaan otot terutama pada bahagian lutut serta tulang belakang.
“Selain itu, gerakan yang dilakukan juga boleh membantu membentuk tubuh selepas berat badan diturunkan melalui senaman yang konsisten.
“Gerakan asas ini boleh diamalkan sejurus selepas selesai melakukan senaman kardio kerana ia membantu menguatkan tubuh,” katanya.
Siti Zulaikha berkata, senaman asas yang ditunjukkannya terdiri daripada tiga langkah iaitu mencangkung (squat), tujahan (lunges) dan pintalan twist).
Paling penting, pesan Zulaikha, teknik senaman ini perlu dilakukan secara tenang dan tidak tergopoh-gapah kerana ia bertujuan menguatkan tubuh.
Teknik senaman ini kemudian boleh diikuti dengan senaman tekan tubi bagi melengkapkan latihan menguatkan otot badan.
Gerakan mencangkung menguatkan bahagian bawah tubuh, termasuk teras badan, pinggang, paha, betis dan lutut.
Tujahan pulaMAMPU memperbaiki pergerakan harian serta melindungi tulang belakang manakala teknik pintalan pula memberi kesan kepada bahagian perut, teras badan dan menguatkan sendi.
Ikuti tip senaman asas yang ditunjukkan Siti Zulaikha supaya lebih ramai mempunyai pengetahuan mengenai teknik yang betul untuk mendapat kesan terbaik kepada tubuh badan mereka.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32574#sthash.abKGppcV.dpuf
Credit to:Oleh Faizatul Farlin Farush Khan 

ffarlin@hmetro.com.my - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32574#sthash.abKGppcV.dpuf
Assalamualaikum.. Tahukah anda alatan Gym hanyalah tambahan kepada workout kita.. jadi jika tiada sebarang alatan.. anda boleh melakukan senaman menggunakan berat badan anda sendiri.. contohnya buat la Squat ke.. Push up ke.. Sit up ke.. dan google la kalau nak banyak.. hahaha,,

Sunday, 10 May 2015

Selamat Malam

1) TENTUKAN GELOMBANG TIDUR
  • Rasa mengantuk seperti gelombang yang datang setiap 60-90 minit sekali dan teknik ini dikenali sebagai ultradian rhythm. Menurut Dr David Morawetz, pakar gangguan tidur dari Melbourne mengatakan menangguhkan waktu tidur kerana ingin membaca buku hingga ke satu bab akan mebuatkan mata anda tidak mengantuk lagi kerana anda sudah melewatkan gelombang tidur itu.
  • Tidur umpama anda ‘berlayar’. Tangkap gelombang ketika anda mengantuk, jika anda kehilangan momen itu, anda harus menunggu sehingga gelombang mengantuk datang pada masa 60-90 minit lagi.
  • Pada waktu gelombang tiba, tetapkan posisi tempat tidur kerana gelombang itu hanya bertahan selama 5-7 minit sahaja. Apabila rasa mengantuk datang, tinggalkan segala aktiviti yang anda lakukan dan tidurlah.
2) TIDUR PADA WAKTU SEPATUTNYA
  • Anda tidak perlu ke bilik tidur pada waktunya setiap malam. Jika hari tersebut anda tidak letih atau penat, tentu anda akan terbaring di atas katil berjam-jam tanpa tertidur. Adalah lebih baik anda berbaring di atas katil ketika anda mengantuk.
  • Kebanyakan mereka yang mempunyai insomnia yang kronik, akan mengalami kesukaran untuk tidur, suka mengeluh dan banyak berfikir.
  • Jangan terlalu memikirkan kenapa sukar untuk tidur kerana ia boleh menjadi perkara rutin dan benar-benar tidak boleh tidur.
3) NYAHKAN EMOSI KETIKA TIDUR
  • Salah satu punca utama membuatkan anda tidak boleh tidur kerana memikirkan masalah sehari-hari seperti bertengkar dengan pasangan, masalah kewangan, isu di tempat kerja atau apa yang harus dilakukan esok.
  • Walaupun semua masalah ini perlu ditangani tetapi tidak semestinya anda perlu selesaikan di tempat tidur.
  • Kalau boleh, atur jadual pada waktu siang untuk melakukan apa yang anda fikirkan dan supaya hal ini tidak muncul semasa anda ingin tidur.
  • Anggaplah sebaik sahaja kepala anda mencecah bantal, semua masalah sudah tiada dan tidurlah dengan penuh lena.
4) BERSIHKAN TEMPAT TIDUR
  • Sebuah penelitian di University of Worcester mendapati kebanyakan selimut atau cadar boleh membawa sehingga 20,000 kuman debu dalam rumah. Jika keadaan ini berlaku, ia boleh menyebabkan implikasi serius seperti gejala asma, radang saluran pernafasan, masalah kulit dan sebagainya.
  • Seeloknya, anda perlu mencuci selimut sekurang-kurangnya setiap dua minggu sekali untuk menghindarkan gejala alahan yang menganggu.
5) BANGUN PAGI PADA WAKTU YANG SAMA
  • Sebenarnya anda tidak perlu tidur pada waktu yang sama setiap malam. Tetapi, anda perlu bangun jam yang sama setiap pagi. Jika diamalkan, a boleh menjadi kebiasaan dan anda akan tidur pada waktu yang sama setiap malam.
  • Perlu diingat, segeralah ke tempat tidur apabila anda mula menguap dan mata terasa berat.
6) BILIK TIDUR HANYA UNTUK HUBUNGAN INTIM DAN TIDUR
  • Jagalah tempat tidur sebagai tempat untuk hubungan intim bersama pasangan yang sah dan tidur sahaja. Jangan sesekali melakukan aktiviti seperti menonton televisyen, mendengar radio atau membuat kerja pejabat di atas katil.
  • Aktiviti-aktiviti ini amat berlawanan dengan tidur kerana anda telah memfokuskan tempat tidur dengan fikiran yang sibuk.
  • Oleh itu, lakukan kegiatan tersebut pada waktu dan di tempat yang lain.
7) TENANG DAN NIKMATI
  • Dalam kajian selama 16 tahun, penelitian yang dilakukan di Case Western Reverse University Ohio mendapati wanita yang kurang tidur – 5 jam atau kurang setiap malam boleh menyebabkan berat badan mereka naik dengan cepat.
  • Jadi, nikmatilah waktu tidur dengan mengatakan bahawa tidur yang cukup akan membuatkan anda tetap langsing.
8) JAUHI DARI ‘TIDUR AYAM’
  • Kebanyakan anda akan tertidur di depan televisyen dalam beberapa jam sebelum waktu tidur yang sepatutnya. Ini akan membuatkan anda sukar tidur pada malam hari. Akibatnya, gantian tidur waktu malam dibawa ke waktu siang.
  • Namun begitu, tidur-tidur ayam yang anda lakukan pada waktu siang akan membuatkan anda sukar tidur lebih cepat dan nyenyak.
9) CUBA TIDUR SENDIRI
  • Menurut penelitian Austria mengatakan berkongsi tempat tidur dengan rakan sebilik boleh mengurangkan ketenangan fikiran (kecuali pasangan suami isteri).
  • Namun, beberapa peneliti percaya wanita boleh tidur dengan nyenyak tanpa gangguan tidur berbanding lelaki (suami) kerana faktor kitaran hidupnya seperti melahirkan anak, menopaus atau kesibukan dalam seharian dalam menjalankan tugas-tugas rumahtangga.
10) JANGAN TERTEKAN KERANA ‘TIDAK TIDUR’
  • Sebenarnya, kemampuan untuk tidur boleh hilang apabila anda terlalu bimbang tentang ‘tidak tidur’. Dengan kekusutan fikiran yang berterusan akan membuatkan anda terjaga.
  • Jadi, ketika anda berjalan menuju ke bilik tidur katakan pada diri sendiri yang anda tidak perlu bimbang untuk tidak tidur. Berbaring di atas katil untuk berehat, tenangkan fikiran dan hilangkan stres yang berlaku, tentu anda akan tertidur dengan sendirinya.

Friday, 8 May 2015

Assalamualaikum.. Jom mulakan pagi ini dengan senaman selama 30 minit.. seminggu 3 kali.. xperlu sador.. xperlu katang.. yang penting sihat dan cergas.. Saya pada hari nie ada game bola sepak.. Fakulti Pendidikan VS Fakulti Undang-undang.. wish EDU menang..
Tahukah Anda
PENYAKIT JANTUNG adalah pembunuh no. 1 negara??
Fakta : 20 daripada 1000 penduduk negara ini mengalami sakit jantung. Kewujudan penyakit ini adalah berkaitan dengan pemakanan dan gaya hidup seseorang..
Berikut dikongsikan beberapa jenis makanan yang mungkin boleh membantu anda mengurangkan risiko penyakit jantung..
‪#‎Ikan‬
Antara pilihan yang baik ialah salmon. Ikan adalah sumber asid lemak omega-3 yang baik. Ia melindungi jantung dengan mengurangkan radang dan risiko pembekuan darah. Lemak ini juga membantu untuk mengekalkan paras kolesterol pada kadar yang menyihatkan. Selain salmon, pilihan lain termasuk ikan laut yang berminyak seperti ikan tuna, sardin atau hering dengan pengambilan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Untuk lebih sihat, panggang salmon yang dimakan dengan sayuran.
‪#‎Oat‬
Bijirin oat mengandungi serat larut dipanggil beta glucan yang membantu mengurangkan paras keseluruhan kolesterol termasuk kolesterol LDL. Serat yang boleh larut juga membantu sistem penghadaman kekal sihat. Jika sukar menikmati bijirin oat begitu saja, campuran oat bersama susu rendah lemak atau susu soya itu boleh dicampur dengan hirisan buah-buahan segar.
‪#‎Epal‬
Epal mengandungi sejenis bahan iaitu quercetin yang bertindak sebagai antiradang dan membantu mencegah pembekuan darah. Epal membantu untuk mengurangkan sehingga 50 peratus risiko penyakit jantung jika pengambilannya dilakukan secara berterusan misalnya, dua biji epal sehari.
‪#‎MinyakZaitun‬
Minyak zaitun yang mengandungi kandungan lemak tidak tepu sehingga 77 peratus membantu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dengan menurunkan paras kolesterol LDL.
TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG
** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.
** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roticanai dengan capati dan tosei)
** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.
** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
Mencegah adalah lebih baik dari merawat..
wingate test 
kepada sesiapa yang tak tahu benda apa wingate test ini bertujuan untuk menguji anda nie adalah seorang athlete jenis apa.. jenis sukan yang pendek duration or long duration.. anarobic dan aerobic.. kayuh sehingga rpm atas pada 120.. then kayuh sehingga 30 saat yang sangat memenatkan.. hahahah.. saya muntah lepas buat nie..

Nak Kurus? Tanya pada diri.. betol2 ke nak kurus? atau cuma hangat2 tahi ayanm? Dulu berat aku penah capai 92kg.. masa nie hidup makan.. main dota.. tido.. makan lagi.. masa tunggu nak hidup balik mesti capai makanan.. hidup nie yang gemilang.. hahahaha.. sebelum berat 92kg nie xda la fit sangat.. cukup la untuk main MASUM untuk UPSI mungkin frust asyik jadi top reserve.. aku pon stop maen futsal dan menjadi pemain dota tegar.. hahaha..akhirnya 1 gambar yang cukup terkesan bila member ambik gmbr aku ngn kawan yang lain, aku sendiri cari aku xjumpa.. parah! 6 bulan aku usaha untuk turunkan berat badan.. akhirnya 6 bulan berat capai 78kg..


















Alhamdulillah.. sekarang berat saya dah 73kg.. hehe..
Yakinkan diri untuk menjadi yang terbaik. Untuk mendapatkan kesihatan yang terbaik bermula dengan diri sendiri dan bukanlah dari orang sekeliling kita.. Hahaha.. boring guna bahasa buku, ok done. Aku nak cakap kat sini semua benda kita perlu usaha nak dapatkannya yang bulat tak datang bergolek yang pipih tak datang melayang. usaha tangga kejayaan.. ini semua aku belajar kat dinding sekolah aku.. hahaha..

Assalamualaikum.. Hari ini hari pertama aku menulis untuk blog ini.. Lama tak menulis blog dan harap blog yang aku buat nie bermanafaat kepada diriku dan sesiapa yang ingin mencari maklumat tentang kesihatan fizikal..